impedance?

impedance?
Most people give up just when they're about to achieve success.

Monday, 31 October 2011

31 OCTOBER 2011 = EPIC FAIL

Sasaran mudah... peluang terbuka luas... nikmatilah saat ini sepuas puasnya wahai makhluk-makhluk pencantas... hari ini aku tersungkur...
Salah sapa? salah sendiri... DIRI SENDIRI... bukan senang bukan mudah bekerja dalam persekitaran yg begini... orang lain juga ada buat salah tetapi salah mereka macam angin yang lalu hilang begitu saja... tapi aku? adakah aku berjalan terlalu laju? hingga ada hati-hati yang panas dan tidak senang melihat langkah aku? dan yg anehnya orang-orang ini tidak bekerja secara terus dengan aku... yang bekerja dengan aku tidak ada sebarang masalah kerana mereka tahu bagaimana aku bekerja.. tetapi pihak atasan lebih mendengar suara suara sumbang ini...aneh cukup aneh... selesa di 'A' ditukarkan ke 'B' berjaya di 'B' dicampak ke 'C' mungkin dgn harapan aku akan mati di 'C' tapi malangnya buat mereka-mereka yg panas hatinya itu kerana mungkin aku lebih menyerlah ketika di 'C' lalu setiap langkah aku diperhatikan dengan cukup terperinci... setelah cubaan demi cubaan berjaya ditepis akhirnya hari ini aku tersungkur... tahniah... but im not done yet.. aku tak mati lagi.
Memang salah aku... kerana memberi ruang... macam aku cakap tadi... bukan mudah bekerja dalam persekitaran yg begini...
aku tak salahkan sesapa... tapi cukup marah dengan diri sendiri.. kerana kadang-kadang aku lupa... aku bukan bekerja seperti orang lain.

No comments:

Post a Comment